CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sabtu, 14 Mac 2015

OFFICIALLY BE UMMI!!


Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Walaupun ini cerita 6 bulan yang lepas tapi baru berkesempatan nak masukkan dalam blog. Oh ya, disebabkan dah lebih 2 tahun tak berblogging, bajet tak nak expose life kat masyarakat (perasan macam la ada orang follow cite kite). Hari ni tergerak hati merindui dunia blogging (ececeeh).

6 bulan lepas, tanggal 15.9.2015 Fiqh dah selamat lahirkan seorang putera anugerah terindah yang Allah amanahkan pada kami suami isteri. Tepat jam 9.51 pagi baby boy ni lahir dalam OT Hospital Kulim. Berat baby cuma 2.61kg tapi terpaksa emergency caesarian disebabkan Fetal Distress (Baby dah nak lemas dalam perut). Kalau ada kesempatan nanti Fiqh cerita dalam entry akan datang insyaallah.

Lahirnya baby boy ni akhirnya tercapai la hasrat Fiqh nak guna gelaran UMMU FAQIH. Memang sejak zaman belajar lagi dah bercita-cita nak letak nama anak lelaki sulung Faqih. Inspirasi dari salah seorang sahabat Rasulullah yang sangat faqih dan alim dalam bidang hadith dan takwil iaitu Abdullah Ibnu Abbas. Berkat doa dari Rasulullah pada Ibnu Abbas:

"Allahumma faqqihhu fi alDeen wa 'allimhu fi alta'weel"

Semoga anakanda bakal menjadi seorang yang faqih dalam bidang agama suatu hari nanti.. Ameen..

Dan diumumkan dengan rasminya nama penuh baby boy kami ialah 

ABDULLAH FAQIH BIN ASLAH HADI & NOOR SYAFIQAH

Doakan anak syurga ni jadi anak yang soleh dan membahagiakan insan-insan disekelilingnya ya..

Arigato ;)








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...